Penulis dilahirkan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Memulakan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Selanjutnya menyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah seterusnya di SMKA A-Irshad, Pokok Sena, Pulau Pinang. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pengkhususan Syariah Wal_Qanun dan Diploma Lepasan Ijazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Selanjutnya Diploma Perguruan dalam Kursus Lepasan Ijazah KPLI daripada Intitut Perguruan Darul Aman IPDA. Penulis hari ini masih lagi pelajar Sarjana Muda Undang-Undang LL.B (Hons) di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pelajar Sarjana (Master) LL.M di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mula menjadi pelatih dalam kamar di Tetuan Sharihah Thauhirah Osman & Associates tahun 2001. Menyertai perkhidmatan dalam kerajaan sebagai Pegawai pendakwa di Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang dari tahun 2003 sehingga 2005. Selanjutnya menjadi Guru pelatih di Institut Perguruan Darul Aman 2005. Setelah itu menubuhkan firma guaman syarie dan beramal sebagai peguam syarie di Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates sehingga sekarang. Juga sebagai Pesuruhjaya Sumpah Malaysia dan Mediator bertauliah.
Sering dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkaitan kerjaya Peguam Syarie dan Undang-Undang Syariah peringkat universiti oleh UKM, Unishams, USIM dan Kuipsas. Juga penceramah jemputan Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang dan Perak.
Dalam khidmat masyarakat penulis juga adalah Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Pulau Pinang PGSMPP, ahli Persatuan Peguam Muslim Malaysia PPMM, ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia PGSM, ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP dan ahli Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment